Blog is under construction, sorry for your inconvenient 

Terima kasih

-admin-

Latihan debat diraja 2010


Salam.


Bagi pelajar di Kampus Putrajaya, latihan untuk debat diraja akan diadakan pada setiap Isnin-Jumaat dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Dan untuk hari Sabtu dan Ahad, akan dimaklumkan pada waktu terdekat.

Sekian, terima kasih. =)


Di kesempatan ini kami di Kelab Debat dan Pengucapan Awam UNITEN Kshas dengan sukacita nya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya warga Uniten Kshas..

Undilah Calon NO8




Marilah bersama-sama tunaikan tanggungjawab sebagai Pelajar Uniten untuk memilih pemimpin anda..
Setiap undi anda mampu melakukan perubahan.

Ramadhan Kareem


Alhamdulillah dapat juga kita bersama-sama merasai bulan Ramadhan kali ini. Di kesempatan ini, Kelab Debat dan Pengucapan Awam Uniten Kshas ingin mengucapkan 

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

kepada muslimeen dan muslimat di seluruh dunia. Marilah sama-sama kita beribadah dan merebut keberkatan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..


Perjumpaan Pertama 2010


Tarikh : 19 Julai 2010
Tempat : AB18
Masa: 9.00 malam

Setelah selesai membuka booth, dan kami telah pun mendapat ahli-ahli baru, Kelab Debat Uniten telah mengadakan perjumpaan bersama-sama ahli-ahli kelab yang baru. Alhamdulillah ramai juga yang hadir walaupun hari Ahad dan keadaan memang basah sebab hujan lebat selebat-lebatnya.
Pada hari tersebut seramai lebih kurang 30 orang ahli baru yang telah mendaftar telahg hadir dan telah mendengar serba sedikit taklimat daripada presiden kelab iaitu Shahril. Ahli-ahli baru tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar foundation dan degree. Kami berasa kagum apabila ada diantara ahli kelab kami yang berbangsa India : SIVA... alhamdulillah~
Selain dari itu pada hari tersebut juga, terdapat juga pemilihan peserta untuk membuat persembahan untuk majlis pelancaran Kelab Debat dan Pengucapan Awam, dan sambutan agak memberangsangkan terutamanya dari adik-adik foundation. 
Sekian sahaja cerita tentang perjumpaan pertama kami :)

Booth 2010


Tarikh : 21 Julai 2010
Tempat : Perkarangan Blok akademik AA&AB
Masa: 8 pagi - 6 petang

Alhamdulillah pada tarikh di atas Kelab Debat Uniten kampus Kshas telah membuka booth untuk memperkenalkan debat dan membuka keahlian kepada pelajar - pelajar Uniten. Walaupun ahli-ahli kelab debat kurang, tapi semua orang dapat memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga dalam menguruskan booth tersebut. Antara yang turun padang di booth pada hari kejadian Shahril (Presiden) Nafili & Aqilah (Setiausaha & Naib) Fatihah, Hayati, Zue,Perz, Izzah dan Diyana.Sehingga pukul 6.00 ptg kami berjaya untuk mendapatkan keahlian baru seramai 86 orang. Setiap keahlian baru dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM3.

Selain dari Kelab Debat, terdapat jugak kelab-kelab dan persatuan- persatuan lain yang turut menyertai seperti Persatuan Pengajian Islam, SIFE, Kelab Kembara dan lain lain.Kami juga ada menayangkan klip-klip video debat dari pertandingan seperti PDSZA.

Akhir sekali, kepada ahli-ahli baru Kelab Debat, kami ucapkan
PhotobucketPhotobucket
SELAMAT DATANG KE  FAMILI KELAB DEBAT

Rejab Kembali



Bulan Rejab dah sampai.. Walaupun kita sibuk berdebat marilah kita bersama-sama berdoa demi keredheaaNYA insyaAllah ~

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu..."


Pada 2 Jun 2010 yang lalu, warga-warga Kelab Debat Uniten di Muadzam Shah telah mengadakan satu mesyuarat  yang bertempat di AA01 , Uniten Kshas. Di dialam perjumpaat tersebut telah dibincangkan beberapa aktivit terdekat yang bakal diadakan pada sem yang akan datang.

Terdapat 2 perkara yang telah dibincangkan : Majlis Pelacaran Kelab Debat dan Pengucapan Umum Uniten Kshas dan Lawatan ke Melaka. Mesyuarat itu telah diepengerusikan oleh Presiden Kelab Shahril telah memutuskan Biro-biro yang terlibat bagi melancarkan kedua dua buar program tersebut. 

Berikut ialah Biro-biro yang terlibat:
Pengarah : Shahril
Setiausaha: Nafili
Program: Fatihah, Airen, Diyana
Publisiti: Mahfuza
Makanan: Izzah
Protokol: Aqilah
Teknikal dan Logistik : Faiz
Pengurus lawatan : Hayati

Perjumpaan-perjumpaan susulan akan diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan kelancaran program tersebut. 


PDSZA'10



Pertandingan Debat Sultan Zainal Abidin kali ke-10 (PDSZA)
Tarikh: 14 June-18 June 2010
Tempat : UITM Dungun, Tganu

Uniten telah menghantar 2 kumpulan untuk pertandingan PDSZA. Banyak universiti telah menyertai pertandingan ni. Semua universiti universiti yang terlibat adalah daripada belah pantai timur malaysia > UIA, UMT, UDM, UITM Cendering,UNITEN, KBM, UITM Dungun dll..

 
Uniten A
Shahril
Hafiz
Faizah
Izzah


Uniten B
Mahfuza
Balkis
Fatihah
Nafili

Penyokong 
Aqilah 
Faiz

Pusingan pertama setiap universeti mesti melepasi 6 kali perlawanan. 
Team A uniten telah memenangi 4/6 perlawanan, manakala Team B telah memenangi 3/6 perlawanan. Pada hari pertama semua orang penat. Mana tak nya sehari 4 perlawanan, terpaksa berkerah otak nak berdebat. Hari pertama mereka menghadapi 4 perlawanan, kemudian disambung dengan hari kedua 2 perlawanan untuk menamatkan pusingan 1 dan teruskan dengan Suku akhir dan separuh akhir.


Setelah selesai pusingan pertama, Alhamdulillah Uniten A telah berjaya untuk menempatkan diri di Suku Akhir, di mana  Uniten A bertemu dengan UIAM A
keputusan:
 Uniten A vs.UIAM A
"Ipt Swasta mampu meningkatkan mutu pendidikan negara"
Pendebat terbaik : shahril
Hakim: 5-0
Margin: 2.8

Bersesuaian lah kami uniten dari ipt swasta sebagai kerajaan untuk membuktikan bahawa sememangnya ipt swasta mampu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

Setelah berjaya untuk memenangi hati juri untuk pusingan suku akhir, kita berjaya untuk masuk ke separuh akhir. 

Uniten A vs. UDM A
"Kulinari Malaysia miskin identiti"
Pendebat terbaik: Faezah
Hakim: 5-2
Margin: 1.5

Alhamdulillah untuk peringkat separuh akhir ni kemenangan telah menyebelahi di pihal Uniten A. Keesokan harinya pada majlis perasmian penutup telah berlangsung pertandingan akhir PDSZA'10 

Uniten A vs UITM Dungun.
"1 Malaysia peleburan identiti"
Pendebat terbaik: Hafiz
Hakim: 7-0

Pendebat terbaik

Walaupun pertandingan akhir kita ada pendebat terbaik namun, kita kalah, dapat no2. tapi itu sudah cukup buat kita buat masa ni kerana melebih target yang ingin dicapai. Tak apa lain kali cuba lagi yok!!


Persiapan akhir PSDZA'10


 
Setelah hampir seminggu kami bersiap-siap untuk menghadapai hari esok. Harini ialah hari terakhir untuk buat persediaan untuk pertandingan debat piala dymm Sultan Zainal Abidin kali ke 10.
check list :
  • File
  • Pen
  • Maker
  • Blazer
  • Laptop+Broadband
  • Kasut Kulit
  • Kertas
  • Baju Executive
  • Air
  • Surat jemputan
Doakan kami ye warga-warga uniten sekalian!!


Laporan Pertandingan Debat Diraja


Pertandingan Debat Diraja 2009 berlangsung di Universiti Malaya pada 3 hingga 7 Disember 2009. Pasukan Kelab Bahas Uniten untuk julung kalinya telah menghantar 3 pasukan yang terdiri dari pendebat-pendebat Kampus Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah untuk ke pertandingan ini bagi mewakili dua kategori iaitu Kategori Utama dan Kategori Muda.

Sebelum ke pertandingan ini, Kelab Bahas telah mengadakan sesi latihan intensif kepada para pendebat bermula pada 17 hingga 26 Disember 2009. Sesi latihan dijalankan di Institut Kajian Liberal (IKAL) setiap hari dengan bimbingan jurulatih dan senior, Encik Azizulhakim, Abg Surizal dan Abg Farhan.

Selain itu, pasukan debat Uniten telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya dalam mempersiapkan diri dan memperbaiki kelemahan sebelum ke Pertandingan Debat Diraja.




Berikut merupakan nama-nama pendebat yang menyertai pertandingan ini:



Pasukan Uniten Utama:


Surizal


Mohd Khaidzir Farhan


Mohd Syazwan


Simpanan: Zubir




Pasukan Uniten Muda 1:


Shahril


Khairunnisa


Nur Amalina


Simpanan: Atif




Pasukan Uniten Muda 2:


Hayyati


Nur Diyana


Hafizzuddin


Simpanan: Airen




Pasukan debat Uniten bertolak ke Universiti Malaya pada 2 Disember 2009 dengan menaiki van Uniten. Bentuk pertandingan debat adalah bentuk liga iaitu menentukan pasukan-pasukan pendebat dari universiti-universiti lain untuk menyertai peringkat suku akhir dan separuh akhir.Namun begitu, pasukan bahas Uniten tidak berjaya untuk melayakkan diri ke mana-mana peringkat.



Pasukan yang menjuarai edisi Debat Diraja 2009 ialah dari pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk Kategori Utama manakala Pasukan dari Universiti Sains Islam Malaysia menjuarai untuk Kategori Muda.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Debat Diraja 2009. Semoga kemenangan akan diraih oleh pasukan debat Uniten pada masa akan datang.


PERASMIAN BLOG KELAB BAHAS UNITEN


Tarikh: 17 April 2010
Tempat: Dewan Auditorium Perpustakaan UNITEN.